top of page

Kelebihan daging kambing

Di Malaysia ketika ini, amalan memakan kambing masih belum meluas. Ini mungkin disebabkan akan beberapa mitos yang selalu didengari. Mitos serta cakap-cakap yang selalu didengari adalah daging kambing penyebab darah tinggi serta daging kambing tinggi kolesterol. Dengan cakap-cakap serta mitos inilah yang menjadi salah satu sebab kebanyakan pengguna menjauhi daging kambing serta mengurangkan pengambilan daging ini dalam menu diet seharian.

Tahukah anda bahawa sebenarnya daging kambing ini mempunyai banyak manfaat? Malah daging kambing ini banyak kelebihan berbanding daging-daging lain yang berada di pasaran. Ya, sudah pastinya daging kambing mempunyai banyak manfaat dan kelebihan, sebab itulah kambing adalah salah satu makanan kesukaan Rasullullah S.A.W.

Berikut adalah perbandingan komposisi khasiat daging kambing berbanding daging haiwan lain. Perbandingan ini telah dijalankan oleh Kumpulan penyelidik Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn.

Kesimpulan yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol danlemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik. Seperti yang diketahui, lemak tepu boleh mengakibatkan saluran darah tertutup, seterusnya mengganggu fungsi jantung serta berisiko mendapat penyakit jantung, darah tinggi dan stroke.

© 2016 by Frozen foods created with Wix.com

bottom of page